AKTIVITI KPJ
Ceramah Pendidikan Pencegahan Dadah, Rokok dan Vape
Tarikh : 11 Ogos 2022
Objektif :
a) Memberi pendedahan tentang bahaya dadah, rokok dan Vape
b) Kesan sampingan penggunaan dadah, rokok dan Vape
c) Memberi kesedaran kepada pelajar tentang bahaya dadah, rokok dan Vape dalam kehidupan.
Ceramah ini telah disampaikan oleh En Nashidul Fikri bin Mohd Fisal dari Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Daerah Kerian. Ceramah ini bukan sahaja melibatkan pelajar daripada Kelab Pencegahan Jenayah (KPJ) namun melibatkan beberapa pelajar daripada kelas yang lain. Semoga dengan aktiviti akan memberi kesedaran kepada pelajar agar tidak akan sesekali melibatkan diri dalam perkara yang boleh merosakkan diri. Selepas selesai sesi ceramah pelajar pelajar boleh melihat pameran dari pihak AADK.
No comments:
Post a Comment